Wednesday, March 3, 2010

PAMERAN INOVASI PERINGKAT ZON WILAYAH UTARA

Pada hari Sabtu dan Ahad, 27-28hb Februari lepas, satu Pertandingan Inovasi telah diadakan di Dewan 2020 Kangar. Sekolah kita telah terpilih memasuki peringkat akhir daripada 170 penyertaan. Mereka diwakili oleh adik Sharifah Balqis dan Tengku Yusrini dari 5 Saga dan adik Alya dari 5 Jati. Cikgu Sakinah sebagai Guru Penasihat mereka.

Perkataan inovasi berasal daripada bahasa Latin dan pada asalnya membawa maksud ‘pembaharuan’. Kebanyakan orang mendefinisikan inovasi sebagai pembangunan teknologi baru, atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu. Dalam kertas kerja ini inovasi didefinisikan sebagai kebolehan untuk mencipta kemahiran di dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan peluang untuk meningkatkan atau memperkayakan taraf hidup masyarakat. Harvard’s Theodore Levitt mengatakan “innovation is doing new things”. Seorang usahawan yang berjaya itu perlu berfikir dan melakukan sesuatu yang baru atau memperbaharui yang lama dengan cara/jalan yang baru.

Tujuan inovasi ialah untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya. Namun demikian sesetengah orang berpendapat bahawa inovasi tidak semestinya melibatkan teknologi. Inovasi juga didefinisikan sebagai penciptaan cara-cara baru untuk menyampaikan nilai kepada pengguna.

0 comments:

Post a Comment