Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “GURU KELIRU, Pahang” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 15 Mac 2010 - PROSEDUR PEMILIHAN GURU CEMERLANG DIDAKWA TIDAK TELUS. Untuk makluman, Kerajaan mewujudkan jawatan naik pangkat sebagai Guru Cemerlang adalah untuk mengiktiraf khidmat guru-guru yang benar-benar cemerlang dalam mata pelajaran yang diajar tanpa perlu ditukarkan ke jawatan pentadbiran selari dengan usaha untuk mermartabatkan profesion keguruan. Pengiktirafan guru-guru yang dilantik sebagai Guru Cemerlang akan menjadi role model, sumber inspirasi dan pakar rujuk kepada guru-guru lain untuk mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bermula tahun 2009, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), KPM telah diberi mandat mentadbir urus segala hal berkaitan dengan penilaian calon-calon Guru Cemerlang. Tugas ini adalah selaras dengan fungsi kewujudan JNJK iaitu sebagai bahagian di KPM yang berkecuali dan bertanggungjawab bagi memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan. Dalam melaksanakan tugas penilaian Guru Cemerlang, JNJK sentiasa menegaskan agar setiap pegawai yang terlibat sepanjang proses penilaian melaksanakan tanggungjawab secara beretika, bersikap profesional dan memberi keutamaan kepada kualiti. Unit Guru Cemerlang di JNJK bertanggungjawab dalam menyelaras segala urusan yang berkaitan dengan penilaian calon-calon Guru Cemerlang. Proses pemilihan Guru Cemerlang dibuat secara teliti. Setiap permohonan yang dikemukakan kepada JNJK akan melalui dua proses penilaian, bermula dengan saringan borang permohonan yang dikemukakan oleh calon Guru Cemerlang. Setiap borang permohonan yang diterima direkod dan maklumat permohonan dimasukkan dalam tapak pangkalan data GC 2010. Setiap borang permohonan disemak oleh jawatankuasa penilaian GC di JNJK bagi memastikan calon-calon memenuhi syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus. Jawatankuasa penilai juga mengambil kira prestasi tahunan calon (LNPT bagi 3 tahun berturut-turut), sumbangan dan aspirasi calon yang dihuraikan dalam bentuk esei. Hanya permohonan yang melepasi syarat dan skor markah yang ditetapkan melalui proses penilaian yang kedua iaitu proses penilaian P&P. Dua Nazir Sekolah akan turun ke sekolah untuk menilai proses P&P yang dilaksanakan oleh pemohon. Selain itu, semasa di sekolah, nazir penilai juga akan menemubual Pengetua/Guru besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan murid-murid untuk mengesahkan kepakaran pemohon sebagaimana yang dihuraikan dalam borang permohonan. JNJK melantik Nazir penilai yang mempunyai kepakaran yang sama dengan mata pelajaran yang dipohon calon. Hanya calon-calon yang melepasi proses penilaian yang pertama dan kedua akan dipertimbang untuk diperakukan. Senarai calon yang diperakukan akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sebelum dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Di sinilah berakhirnya proses kerja penilaian Guru Cemerlang oleh JNJK. Untuk melayakkan seseorang guru itu menjadi GC, beliau mestilah seorang yang berdedikasi, bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan bertanggungjawab mereka, terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan P&P di dalam bilik darjah. Seorang GC juga sewajarnya memiliki pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajarannya. Beliau perlu hebat dalam menyampaikan ilmu dengan berkesan dan menggerakkan akal fikiran murid untuk terus memperoleh ilmu tambahan. Dengan lain perkataan, seorang GC itu adalah seorang pendidik yang luar biasa, “an extraordinary educator with a towering personality”. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA |
Thursday, March 25, 2010
Berita Harian bertarikh 15 Mac 2010 - PROSEDUR PEMILIHAN GURU CEMERLANG DIDAKWA TIDAK TELUS
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: MEMPERKUKUHKAN AKTIVITI SUKAN DI SEKOLAH
Sumber : Laman Web KPM
Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Langkah disokong
KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pelajaran mewajibkan semua pelajar menyertai aktiviti sukan di sekolah bermula tahun depan, disokong ibu bapa yang menyifatkan ia baik untuk perkembangan keseluruhan anak mereka termasuk jasmani dan rohani.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Prof Madya Mohamad Ali Hassan, berkata tiada bebanan sekiranya pelajar diwajibkan memilih satu jenis sukan, sebaliknya aktiviti itu akan menjadi pendorong untuk mereka terus belajar.
Katanya, pelajar yang aktif akan melihat sukan sebagai ruang untuk mereka melepaskan tekanan ketika menelaah pelajaran, sekali gus menjadikan mereka gembira, cergas dan lebih bersedia untuk menghadapi pembelajaran berikutnya.
“Kalau boleh dilaksanakan serta-merta lagi bagus kerana dengan cara ini kita turut melatih pelajar kita lebih berdisiplin, integriti, merapatkan hubungan sesama mereka dan melatih ciri kepemimpinan selain mengurangkan tekanan,” katanya.
“Ini juga selaras dengan pelan transformasi pendidikan yang dilaungkan kerajaan kerana kita dapat membangun perkembangan anak muda secara keseluruhannya termasuk rohani, jasmani dan intelektual mereka.
“Cuma, jika sukan dijadikan sebahagian elemen pemarkahan selain ko-kurikulam sebelum ini akan lebih menarik minat pelajar, manakala ibu bapa akan lebih percaya untuk menggalakkan anak mereka aktif,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
|
Dalam pada itu, Mohamad Ali turut mencadangkan semua guru diberi peluang aktif dalam sukan bagi membolehkan mereka menjadi pendorong dan jurulatih kepada pelajar. Beliau berkata, jawatan guru penolong kanan bahagian sukan juga wajar diwujudkan bagi memantau dan menyelia kegiatan sukan di sekolah masing-masing selain menjadi ketua yang menguruskan aliran peruntukan untuk aktiviti berkenaan.
“Kita mahu semua pihak main peranan sekiranya mahu hasrat ini dijayakan, tidak terkecuali PIBG yang digalakkan bekerjasama untuk memajukan sukan di sekolah sama ada menjadi jurulatih pengiring atau pembantu.
“Pilihan sukan juga hendaklah tidak tertakluk kepada sukan ‘outdoor’ saja sebaliknya ‘indoor’ kerana minat setiap pelajar yang berbeza-beza,” katanya yang meminta supaya semua pihak menjadikan universiti sebagai model menggalakkan pelajar aktif sukan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah diwajibkan menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan.
Kegemilangan sukan sekolah akan dikembalikan : Tan Sri Muhyiddin
|
PETALING JAYA 20 Feb 2010. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi.
"Sudah hampir 10 atau 20 tahun sukan di sekolah tidak diutamakan, apa sebabnya tidak diketahui. Sehinggakan di sekolah-sekolah, sukan bukan sesuatu yang dibanggakan berbanding zaman saya muda dulu.
"Ketika itu, sukan suatu yang kita pandang sebagai acara yang menceriakan dan menyeronokkan. Saya telah buat keputusan untuk kembalikan semula kegemilangan sukan di sekolah kerana pembangunan sukan negara bermula di sekolah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah SAM-100Plus 2009 anjuran Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan, menggariskan lima unsur penting untuk dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Antaranya, beliau telah mengarahkan Bahagian Seni, Sukan dan Ko-Kurikulum di Kementerian Pelajaran supaya dirombak dan meletakkan sukan berasingan daripada yang lain.
"Kita akan wujudkan pegawai atau pengarah tertentu yang akan ditetapkan untuk menjaga pembangunan sukan di sekolah,” katanya. –
BERNAMA
Saturday, March 13, 2010
Gambar Sekitar Pertandingan Inovasi Zon Utara
Tempat: Dewan Wawasan 2020 Kangar Perlis
Sekolah kita telah mengambil bahagian dan telah terpilih 4 Finalis dari 170 rekaan dari 4 buah negeri zon utara (Perlis, Kedah, PPinang dan Perak)
Projek sekolah kita bertajuk Haiwan Pelbagai Guna. Peserta sekolah kita diwakili oleh Adik Tunku Yusrini (5Saga), Sh. Balqis (5Saga) dan Ainur Arifah Ilyana (5Jati). Mereka membawa pulang wang saguhati RM400 dan sijil. Selain itu, merka menerima hadiah saguhati dalam penyertaan puzzle daripada Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) berupa buku lukisan. Adik Tunku Yusrini telah memnangi hadiah berupa beg sandang dari MRM bagi Pertandingan Melukis Grafik Komputer dan Permainan Interaktif di Gerai Pameran MRM.
Tahun ini, ciptaan i-Protek Rainsuit
telah terpilih sebagai
Johan Kategori Sekolah Rendah
oleh SKJ(C) Sin Kwang, Sg. Petani.
Mereka akan mewakili Zon Utara ke
peringkat kebangsaan
Selain itu terdapat pelbagai gerai dan pameran ciptaan sains dan teknologi.
Alat Penyiram Automatik Wheel Chair Portable Alat Mandi Jenazah MudahAlih
Tangan Robotik Rumah Tenaga Suria
Selain dari itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti Belon Udara Panas, Pertunjukan Robatik, Pameran, Games Interaktif dan sebagainya.
Kami juga bertemu dengan salah seorang angkasawan negara iaitu Mejar Dr. Faiz
Friday, March 12, 2010
PERTANDINGAN NASYID DAN SELAWAT ANTARA RUMAH SUKAN
Pasukan ini terpilih dengan kekuatan vokal dan semangat yang ditunjukan
Selai dari itu, kita ada persembahan istimewa Kumpulan Nasyid dari UUM.
Penyampaian
cenderamata
oleh Guru Besar
SKBBS
SAMBUTAN MAULUD NABI PERINGKAT SEKOLAH
Ceramah disampaikan oleh Ust. Mior
tentang sejarah dan kasih sayang Nabi
pada umatinya.
Selepas itu, diadakan perarakan sambil berselawat beramai-ramai antara semua kelas.
Kelas 5 Jati dan 4 Jati terpilih sebagai pasukan terbaik dalam perarakan berdasarkan displin dan semangat ahlinya. TAHNIAH!!!!!!