Wednesday, August 5, 2009

Wabak H1N1 (Selsema XXXX) menyerang...!!

Seluruh dunia kini dilanda pandemik H1N1 atau selsema babi termasuklah di Sintok ni. Walaubagaimanapun adik2 janganlah risau akan wabak ini selagi mengambil langkah pencegahan dan menjaga kebersihan...



Pihak berkuasa sentiasa mengambil langkah proaktif mengesan dan mengawal wabak ini.



Apa yang boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema.

Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu
tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.


* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.


* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.


* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.


Jika anda sakit anda perlu:-


* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;


* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.


0 comments:

Post a Comment