Friday, August 27, 2010

Perutusan Hari Kemerdekaan ke 53 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Perutusan Hari Kemerdekaan ke 53 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Muat turun
Perutusan Hari Kemerdekaan ke 53 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia



Titah SPB Yang Dipertuan Agong Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2010

Muat turun
Titah SPB Yang Dipertuan Agong Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2010

Perutusan Hari Kemerdekaan ke-53 oleh Menteri Pelajaran Malaysia

Perutusan Hari Kemerdekaan ke-53 oleh Menteri Pelajaran Malaysia
Muat turun
Perutusan Hari Kemerdekaan ke-53 oleh Menteri Pelajaran Malaysia

Tarikh 16 September Sebagai Cuti Umum Mulai Tahun 2010

Kerajaan telah mengisytiharkan bermula tahun 2010, tarikh 16 Sept adalah cuti umum sempena Hari Malaysia dan penetapan itu telah diwartakan pada 9 Nov 2009 di bawah Akta Hari Kelepasan 1951.
Pekerja yang bekerja pada 16 September iaitu Hari Malaysia perlu diberi cuti umum berbayar.

Hari 16 September begitu penting dan rakyat Malaysia perlu tahu sejarah dalam tarikh tersebut, bukan sekadar seronok dapat cuti umum.

Sejarah pembentukan Malaysia:


Pada 16hb September berlaku penyatuan 14 buah negeri sebagai Malaysia yang terdiri daripada 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah dan Sarawak di samping jumlah penduduknya yang menjangkau 10 juta orang.Pembentukan Malaysia ni direalisasikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman.Persekutuan Tanah Melayu tidak mampu wujud secara bersendirian tanpa kerjasama politik dan ekonomi dengan Singapura, Sabah dan Sarawak.
Brunei tidak turut sama dalam pembentukan Malaysia kerana gagal mencapai persetujuan mengenai negerinya

Pembentukan Malaysia yang mendapat tentangan negara luar:

Konfrantasi yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno juga telah berterusan selama tiga tahun hingga mengakibatkan berlaku pertumpahan darah dan memaksa kepada campur tangan tentera.
Penubuhan Malaysia menerima tentangan keras dari Indonesia dibawah Presiden slogan “Ganyang Malaysia”.
Ramai jugak nyawa yang terkorban dalam serangan di beberapa tempat dalam tempoh 3 tahun tu. Rakyat Malaysia di Duta Besar Indonesia pun turut terancam

Akibat tindakan tersebut, maka Kerajaan Malaysia terpaksa mengambil tindakan tegas dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Indonesia dan Filipina dua hari selepas kelahiran negara Malaysia dilancarkan.
Konfrantasi itu berterusan hingga wujud perjanjian damai pada tahun 1966.


Penubuhan Malaysia:
Perjanjian penubuhan Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 dan diistiharkan secara rasmi pada 16 September 1963 oleh Tunku Abdul Rahman.
Pengisytiharan Malaysia dilakukan di Stadium Merdeka dihadapan DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, Raja-raja Melayu, gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak dengan disaksikan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia.

Lagu, Lirik 1Malaysia (Satu Malaysia), Download Lagu

Logo 1Malaysia


LAGU 1MALAYSIA



Berdiri teguh di bumi nyata

Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan


Pencapaian Diutamakan




Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia


Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan



Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia


Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua


Pencipta Lagu : Nik Nizam

Penulis Lirik : Lokgha
Penyanyi: Roy

Logo dan Tema Hari Kemerdekaan 53


Kita semakin menghampiri tarikh keramat iaitu 31hb Ogos, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke 53.
Tema kemerdekaan negara ke-53 tahun ini ialah "1Malaysia Menjana Tranformasi’. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, intipati terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program sepanjang tempoh sambutan dari 1 Ogos hingga 16 September ini.
Ini ialah logo Hari Kemerdekaan yang ke 53, Logo 1Malaysia.

Logo dan Tema Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 53


Kita merayakan kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam sifat Malaysia yang paling besar dan meliputi


pelbagai kepentingan. Mulai 1 Ogos sampai 16 September telah banyak program dan sambutan meraikan hari Merdeka dan Hari Malaysia. Sepanjang tahun ni banyak program berasas kepada 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dijayakan.

Sambutan bulan kemerdekaan telah dilancarkan di Stadium Utama di Kangar, Perlis, pada 1 Ogos lalu dan berakhir dengan acara sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di Kota Kinabalu pada 16 September 2010.

Pelbagai program dan pengisian sepanjang tempoh sambutan tersebut akan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Kota Kinabalu, hanya Perdana Menteri berucap, manakala pihak lain akan dirakamkan terlebih dulu supaya maklumat dapat disampaikan.
Bagi sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 31 Ogos, sekitar 20,000 dijangka hadir bagi memeriahkannya.

Ikrar Rukun Negara semasa sambutan Hari Merdeka akan dijelmakan mengikut konsep 1Malaysia manakala sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu lebih mencerminkan kebudayaan di Sabah dan Sarawak.


Selamat Menyambut Hari Merdeka semua.

Thursday, March 25, 2010

Berita Harian bertarikh 15 Mac 2010 - PROSEDUR PEMILIHAN GURU CEMERLANG DIDAKWA TIDAK TELUS

Print Email Report Back




Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “GURU KELIRU, Pahang” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 15 Mac 2010 - PROSEDUR PEMILIHAN GURU CEMERLANG DIDAKWA TIDAK TELUS.
Untuk makluman, Kerajaan mewujudkan jawatan naik pangkat sebagai Guru Cemerlang adalah untuk mengiktiraf khidmat guru-guru yang benar-benar cemerlang dalam mata pelajaran yang diajar tanpa perlu ditukarkan ke jawatan pentadbiran selari dengan usaha untuk mermartabatkan profesion keguruan. Pengiktirafan guru-guru yang dilantik sebagai Guru Cemerlang akan menjadi role model, sumber inspirasi dan pakar rujuk kepada guru-guru lain untuk mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Bermula tahun 2009, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), KPM telah diberi mandat mentadbir urus segala hal berkaitan dengan penilaian calon-calon Guru Cemerlang. Tugas ini adalah selaras dengan fungsi kewujudan JNJK iaitu sebagai bahagian di KPM yang berkecuali dan bertanggungjawab bagi memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.
Dalam melaksanakan tugas penilaian Guru Cemerlang, JNJK sentiasa menegaskan agar setiap pegawai yang terlibat sepanjang proses penilaian melaksanakan tanggungjawab secara beretika, bersikap profesional dan memberi keutamaan kepada kualiti. Unit Guru Cemerlang di JNJK bertanggungjawab dalam menyelaras segala urusan yang berkaitan dengan penilaian calon-calon Guru Cemerlang.
Proses pemilihan Guru Cemerlang dibuat secara teliti. Setiap permohonan yang dikemukakan kepada JNJK akan melalui dua proses penilaian, bermula dengan saringan borang permohonan yang dikemukakan oleh calon Guru Cemerlang. Setiap borang permohonan yang diterima direkod dan maklumat permohonan dimasukkan dalam tapak pangkalan data GC 2010. Setiap borang permohonan disemak oleh jawatankuasa penilaian GC di JNJK bagi memastikan calon-calon memenuhi syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus. Jawatankuasa penilai juga mengambil kira prestasi tahunan calon (LNPT bagi 3 tahun berturut-turut), sumbangan dan aspirasi calon yang dihuraikan dalam bentuk esei. Hanya permohonan yang melepasi syarat dan skor markah yang ditetapkan melalui proses penilaian yang kedua iaitu proses penilaian P&P.
Dua Nazir Sekolah akan turun ke sekolah untuk menilai proses P&P yang dilaksanakan oleh pemohon. Selain itu, semasa di sekolah, nazir penilai juga akan menemubual Pengetua/Guru besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan murid-murid untuk mengesahkan kepakaran pemohon sebagaimana yang dihuraikan dalam borang permohonan. JNJK melantik Nazir penilai yang mempunyai kepakaran yang sama dengan mata pelajaran yang dipohon calon.
Hanya calon-calon yang melepasi proses penilaian yang pertama dan kedua akan dipertimbang untuk diperakukan. Senarai calon yang diperakukan akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sebelum dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Di sinilah berakhirnya proses kerja penilaian Guru Cemerlang oleh JNJK.
Untuk melayakkan seseorang guru itu menjadi GC, beliau mestilah seorang yang berdedikasi, bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan bertanggungjawab mereka, terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan P&P di dalam bilik darjah. Seorang GC juga sewajarnya memiliki pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajarannya. Beliau perlu hebat dalam menyampaikan ilmu dengan berkesan dan menggerakkan akal fikiran murid untuk terus memperoleh ilmu tambahan. Dengan lain perkataan, seorang GC itu adalah seorang pendidik yang luar biasa, “an extraordinary educator with a towering personality”.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: MEMPERKUKUHKAN AKTIVITI SUKAN DI SEKOLAH


Sumber : Laman Web KPM

1. Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan potensi individu sepenuhnya, perlu dilihat dalam pelbagai perspektif. Sebagai langkah ke arah ini Kementerian Pelajaran akan memastikan supaya sukan di sekolah-sekolah dianjurkan dengan lebih meriah dengan penglibatan masyarakat setempat. Di antara strategi yang akan dilaksanakan dalam memenuhi hasrat ini ialah dengan melaksanakan dasar mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu sukan mulai tahun 2011.
2. Dasar ini akan memastikan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan di sekolah masing-masing. Usaha ini pastinya akan meningkatkan penyertaan menyeluruh di kalangan pelajar sekolah yang berjumlah 5.4 juta di 10,000 buah sekolah di negara kita. Sehubungan itu, pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah diminta untuk membuat perancangan rapi berkaitan pembangunan sukan di sekolah-sekolah dengan menjadualkan program sukan sepanjang tahun supaya memberi peluang yang luas untuk setiap pelajar menyertai pelbagai jenis sukan di sekolah.
3. Bagi memastikan hasrat ini dicapai, Kementerian telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah yang mana ahli-ahlinya terdiri daripada wakil pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan di negara kita. Jawatankuasa ini, yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran sendiri akan merancang, melaksana dan memantau program membangunkan sukan di sekolah ini. Beberapa strategi telah dikenal pasti untuk melaksanakan program ini. Perincian strategi ini akan dilakukan apabila data dan maklumat berkaitan diperolehi daripada sekolah-sekolah bagi menentukan supaya strategi yang dikenal pasti menepati sasaran yang dikehendaki.

4. Semua pengetua, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri telah diarahkan supaya mengambil tindakan di atas pelaksanaan dasar ini sejajar dengan hasrat kita untuk melaksanakan Konsep 1Malaysia dan mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.





Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 22 Februari 2010